Lina\’s Blog

Happy and Health For Your Life

  • Kategori

  • Arkib

Resepi Puding Roti

Posted by ainaza di Jun 28, 2006

Puding Roti

Bahan A:
500 ml susu segar/fresh milk     
8 keping roti (gardenia/high 5)

Bahan B:
4 sudu besar gula halus ( boleh tambah lam 1 0r 2 sudu kalau nak manis)            
2 sudu besar butter               
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung

Bahan C:
2 sudu besar kismis hitam

CARA:

1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
2. Kacau dan gaul rata bahan B.
3. Masukkan kismis dan tuangkan kedalam loyang.
4. Bakar dalam suhu 180’C selama 30 minit/masak.

Sos kastard

Bahan-bahan
I tin susu cair
1 sudu beso tepung kastard
2 sudu beso gula

Cara;
masukkan semua bahan lam periuk, panaskan lam api kecil gaul hingga pekat macam sos. di makan bersama puding roti.

Puding Roti Cheese

Bahan A
500 ml susu segar/fresh milk     
8 keping roti (gardenia/high 5)

Bahan B
4 sudu besar gula halus            
1 block cream cheese 250gm   

Bahan C        
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar kastard

CARA
1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
2. Kacau cream cheese dan gula ngan mixer hingga lembut
3. masukkan bahan C dan gaul rata
4. Bakar dalam suhu 180’C selama 30 minit/masak.
5. lepas tu keluarkan dan sejukkan pada suhu bilik dalam 1/2 jam
6. kemudian masukkan ke dalam peti sejuk selama

Posted in Secret Reciepi, Uncategorized | 1 Comment »

Kemana Perginya Wang Kita???

Posted by ainaza di Jun 23, 2006

Kemanakah duit anda setiap bulan dihabiskan? Pernahkan anda
merekodkan transaksi untuk setiap wang yang mengalir keluar dari
poket atau akaun bank anda? Atau anda sekadar tidak ingin tahu?

Apa yang anda boleh lakukan ialah dengan membuat analisa ringkas
tentang perbelanjaan.

Baiklah, begini caranya. Dapatkan sebuah buku kecil dan bahagikan
kepada 3 bahagian. Pertama tarikh, kedua kategori dan ketiga
perkara.

TARIKH | KATEGORI | PERKARA

Nota: Gunakan buku, bukan kertas kerana kertas mudah hilang.

Rekodkan setiap perbelanjaan anda setiap hari. Saya ulangi, SETIAP
transaksi perbelanjaan anda. TIADA PENGECUALIAN Walaupun anda
membayar RM0.20 untuk membeli gula-gula.

Lakukan proses ini selama sekurang-kurangnya 2 bulan. Dan anda akan
dapat tahu kemana duit anda pergi. Sungguh hebat. Mungkin
perbelanjaan utama anda pergi ke tempat yang anda tak
sangka-sangka. Dan disitulah anda boleh melakukan 'bedah siasat' ke
atas cara perbelanjaan anda dan bagaimanakah cara untuk
memulihkannya.

Tapi ingat. Lakukannya sekarang. Bukan esok! Hasil analisa saya
menunjukkan perbelanjaan utama akan mengalir ke kenderaan dan
makanan/makan. Setelah itu saya melakukan resolusi untuk
mengurangkan perbelanjaan terbesar.

Selamat mencuba.

http://www.PendapatanTambahan.com.my

http://duitsampingan.blogspot.com

Posted in Today Issue, Uncategorized | Leave a Comment »

Agar-Agar Kastard Jagung

Posted by ainaza di Jun 23, 2006

1 PEKET AGAR-AGAR

1 ½ PEKET AIR

GULA SECUKUP RASA

1 TIN SUSU CAIR

1 TIN JAGUNG MANIS

1 SUDU KECIL ESEN VANILLA

3 SUDU BESAR KASTAD YANG DI CAMPUR DGN ½ CWN AIR

1 SUDU KECIL PEWARNA KUNING TELUR

CARA-CARA

Basuh agar-agar kemudian masukkan ke dalam periuk bersama degan 1 ½ peket air. Biar hingga agar cair dan mendidih. Masukkan gula secukup rasa. Masukkan esen vanilla dan susu cair. Kacau hingga sebati kemudian tuang jagung manis kacau dan akhir sekali masukkan kastard tadi. Masukkan ke dalam loyang atau bekas. Biarkan sejuk kemudian masukkan ke dalam frezzer.

Best giler cubeler hehehehe…… TQ   Resepi ciptaanku yang terulung hehehhe… jgn mare… 

Posted in Secret Reciepi, Uncategorized | Leave a Comment »

Tips keselamatan di bilik kanak-kanak

Posted by ainaza di Jun 20, 2006

KETIKA menghias bilik anak terutama bayi perkara penting perlu diambil kira ialah keselamatan mereka dan barulah beralih kepada pemilihan kemasan dinding selain perhiasan yang dapat merangsang fikiran bayi.

Bilik kanak-kanak seelok-eloknya mempunyai keluasan yang cukup untuk mereka bermain dan sebaik-baiknya pilih perabot jenis pasang siap, khususnya almari kerana ia menjimatkan ruang.

Selain itu, pastikan keselamatan yang diambil mengikut peringkat perkembangan minda kanak-kanak dan bukan berdasarkan usia saja:-

* Tidak digalakkan memasang tingkap
gaya
Perancis atau tingkap kaca besar. Jika mahu memasang tingkap kaca, pilih jenis berlapik yang diperbuat daripada kaca dan plastik kerana jika pecah ia tidak berterabur dan merebak ke tempat lain kerana lapisan plastik memastikan kedudukan kaca kekal di tempatnya.

* Pasang kunci keselamatan, jeriji atau kaca keselamatan pada tingkap yang tinggi sedikit dari aras lantai untuk mengelak mereka membukanya. Jika pasang jeriji, pastikan bentuknya lurus bagi mengelakkan mereka memanjatnya.

* Jangan letak kerusi atau sebarang perabot berhampiran jendela bagi mengelakkan mereka memasukkan kepala di celah jeriji.

* Pasang langsir atau bidai yang sesuai di tingkap bilik supaya dapat menapis kemasukan cahaya matahari terus.

* Jangan pasang langsir labuh hingga mencecah lantai bagi mengelakkan kanak-kanak menariknya atau mereka boleh terjatuh akibat terpijak langsir. Seelok-eloknya labuh langsir hanya mencecah ambang saja.

* Pasang penyendal pintu automatik yang boleh menghalang pintu tertutup secara kuat. Ia dapat mengelakkan jari kanak-kanak cedera jika tersepit pada daun pintu.

* Tukar ambal yang koyak atau bergulung di hujung atau tepi. Lantai parket yang tertanggal dan lantai jubin atau marmar yang pecah hendaklah diganti segera bagi mengelakkan kanak-kanak tersungkur atau luka terpijak jubin yang pecah.

* Jangan sesekali memasang lampu lantai di bilik kanak-kanak, sebaliknya lebih sesuai menggunakan lampu kalimantang atau lampu dinding yang boleh dikawal cahayanya.

* Elakkan daripada membeli perabot berbucu tajam. Pilih yang bucu bulat dan sentiasa pastikan dalam keadaan baik.

* Jika kanak-kanak tidur di atas katil setinggi lebih 30 meter dari lantai, pasangkan rel keselamatan. Letak katil di penjuru sudut yang dipagari dinding sebagai langkah keselamatan tambahan.

* Peti menyimpan permainan sangat berbahaya bagi kanak-kanak berusia dua tahun ke bawah. Jika menggunakannya pastikan peti itu tidak dilengkapi kunci atau selak yang boleh memerangkap kanak-kanak di dalamnya.

* Permainan elok disusun di lantai supaya memudahkan mereka mengambilnya tetapi barang berbahaya seperti gunting dan losyen hendaklah disimpan di tempat tinggi.

* Letak patung besar berasingan daripada bayi terutama waktu tidur kerana bimbang bayi boleh lemas apabila terhimpit patung itu.

* Jangan guna perhiasan kecil atau kaca serta perhiasan tembikar yang mudah pecah kerana dikhuatiri akan dimasukkan ke dalam mulut bayi atau kanak-kanak.

* Elak meletak perhiasan kaca di atas meja beralas kerana kemungkinan besar mereka akan menarik alas itu menyebabkan perhiasan jatuh dan pecah sekali gus mengundang bahaya.

* Elak menempatkan terlalu banyak perabot dalam bilik dan pastikan ia tidak berhabuk kerana saluran pernafasan bayi terlalu kecil dan mudah terganggu.

* Pastikan perabot dalam bilik kukuh dan tidak mudah digerakkan. Jika boleh, susun peti penyimpanan barang, rak buku dan almari rapat ke dinding.

* Jika ingin menggantung gambar atau lukisan, pastikan ia tidak menakutkan kanak-kanak sehingga terbawa-bawa dalam tidur.

* Berhati-hati dengan punca elektrik. Tutup palam elektrik yang tidak digunakan dan sentiasa pastikan peralatan elektrik dalam bilik kanak-kanak berada dalam keadaan baik.

* Jika mempunyai wang lebih, boleh pasangkan alat pencegah kebakaran di bilik kanak-kanak anda.  

Posted in Today Issue | Leave a Comment »

Kenangan Lalu

Posted by ainaza di Jun 6, 2006

Terkenang masa belajar kat oversea dulu. Teringat masa kat Iskandariah Mesir. Seronok gak. Suasana kat sana nyaman dikala musim bunga, cantik sungguh. Maklumlah kat sana iklim hawa sederhana. Teringat masa belajar, kawan-kawan berbangsa arab baik-baik selalu gak tolong bagi idea buat assigment. Prof. Abdullah Sani kalau takde 360 page jgn ler harap nak lulus assigment dia. penat woi nak tulis. takleh guna komputer tulis tangan. kebas-kebas tangan kome tulih dah ler musim sejuk kaku rasanya. Malam panjang siang pendek tu yg buat nak tido jer. Kawan-kawan yang seangkatan yang disayangi dan dikasihi ku takkan lupa kenagan bersama kalian semua terpahat diingatan selamanya. 

Posted in My Diary, Uncategorized | Leave a Comment »